Wednesday, December 3, 2008

PUNCA-PUNCA KELEMAHAN SISTEM IMUN #6


6. BAHAN KIMIA

Terdapat lebih daripada 75,000 bahan kimia dalam alam sekitar. Pendedahan terhadap bahan kimia boleh merosakkan sistem imun, mengurangkan kemampuannya untuk melawan jangkitan biasa dan penyakit serius seperti kanser.

Ini menekan sistem imun kerana tubuh manusia belum mempunyai cara yang betul untuk mengenal pasti dan menghapuskan bahan kimia moden

6.1 BAHAN PENAMPAL GIGI

Bahan penampal gigi perak diketahui bertoksik. Ia mengeluarkan wap raksa ke dalam mulut terutama apabila anda mengunyah atau memakan makanan berasid dan panas.

Dalam satu penyelidikan yang dijalankan di Universiti Calgary, Kanada, amalan mengunyah makanan meningkatkan paras raksa dalam udara di dalam mulut 6 kali ganda di antara subjek ujian.

Kajian di makmal juga mendapati dalam tempoh 24 jam selepas menyuntik sedikit raksa ke dalam otot di dalam tubuh, ia akan meresap ke dalam otak, saraf tunjang, buah pinggang, paru-paru, saluran darah, tisu perantara dan adrenal.

Kajian lain pula menemui sejumlah besar raksa di dalam jantung, saluran gastrousus dan tisu rahang.

Raksa dalam bahan penampal ditukarkan kepada raksa metil oleh bakteria dan menjadi neurotoksin yang amat beracun dan mudah diserap oleh sel-sel saraf. Sel-sel itu kemudian menjadi beracun dan mati.

Bahan penampal raksa juga telah dikaitkan dengan keletihan yang kronik, penyakit Alzheimer dan kanser paru-paru.

Dalam beberapa kes, sklerosis berganda (multiple schlerosis) lenyap sepenuhnya atau sebahagiannya selepas bahan penampal raksa dibuang.

6.2 KOSMETIK

6.3 PLASTIK & CAT

6.4 BAHAN-BAHAN KIMIA PENGGANGGU ENDOKRIN (EDCs)

6.5 AIR MINUMAN BERKLORIN

Insyallah akan bersambung dalam amsa terdekat .....

PUNCA-PUNCA KELEMAHAN SISTEM IMUN #5

5. PENYAKIT AKIBAT GAYA HIDUP TIDAK SIHAT

5.1 TEKANAN

Tekanan mental boleh melemahkan sistem imun. Masalah-masalah seperti perpindahan, penceraian, pertikaian dalam keluarga dan kebimbangan yang tidak menentu boleh melemahkan sistem imun.

5.2 ALKOHOL

Ia melemahkan keupayaan sel darah putih untuk membunuh kuman. Kajian juga mendapati penagih alkohol berisiko lebih tinggi menghidap pneumonia.

Dos alkohol yang tinggi juga menghalang tindakan sel darah putih pembunuh ke atas kanser. Selain itu, ia juga menyingkirkan nutrien yang menguatkan sistem imun.

5.3 TIDUR LEWAT

5.4 MEROKOK

7 KHASIAT MAKANAN UNTUK KUATKAN IMUNITI

1 VITAMIN C
2 VITAMIN E
3 BETA KAROTENA
4 BIOFLAVONOIDS
5 ZINK
6 SELENIUM
7 ASID LEMAK OMEGA-3

Monday, December 1, 2008

PUNCA-PUNCA KELEMAHAN SISTEM IMUN #4

4. PERSEKITARAN

4.1. RADIASI ELEKTROMAGNET (EM)


4.2. RADIASI PENGIONAN

4.3. RADIASI ULTRAUNGU

Radiasi ultraungu (UV) daripada pancaran matahari (berikutan pemusnahan lapisan ozon yang berterusan) boleh menjejaskan fungsi tubuh melawan penyakit. Apabila kulit terdedah kepada radiasi UV secara berlebihan, aktiviti sel-sel darah putih yang yang menghasilkan antibodi akan terjejas.

Penyelidikan saintifik menyarankan bahawa selaran matahari boleh mengubah penyebaran dan fungsi sel-sel darah putih yang melawan penyakit di kalangan manusia sehingga 24 jam selepas terdedah kepada matahari.

Pendedahan yang berlebihan kepada radiasi UV menyebabkan kanser kulit dan pelbagai penyakit mata. Sistem imun yang lemah juga memburukkan lagi penyakit berjangkit yang berpunca daripada bakteria, virus dan parasit tropika.

Ia juga mungkin mengaktifkan virus yang sedia ada pada kulit seperti cacar dan membawa kepada meningkatnya penyakit seperti campak, malaria, tibi, kusta dan jangkitan kulat.

Selaran matahari yang berulangan juga dilaporkan mengurangkan kemampuan sistem imun untuk melawan jangkitan bakteria dalam paru-paru.

4.4. ASAP EKZOS KENDERAAN

PUNCA-PUNCA KELEMAHAN SISTEM IMUN #3

3. MAKANAN YANG MEMUDARATKAN

Seorang pakar bedah jantung pernah menyarankan supaya pesakit yang menjalani pemindahan jantung diberikan dengan makanan yang tidak berkhasiat untuk menekan sistem imun, agar badan tidak menolak jantung baru.

Sungguhpun kedengaran aneh, idea ini memperakui kepentingan hubungan di antara diet dan keimunan.

3.1. GULA

Satu kajian menunjukkan penghadaman cuma 1 sudu teh gula putih merendahkan aktiviti sel-sel darah putih sebanyak 43% selama 6 jam. Kesan penekanan imun oleh gula bermula kurang 30 minit selepas memakannya.

Gula (dan madu) menyebabkan kenaikan yang tinggi dalam paras glukos darah yang akhirnya menyebabkan fungsi sistem imun terjejas.

(Perhatian: Selain gula, kafein juga menyebabkan peningkatan dalam paras gula darah.)

Gula juga menghidrat tubuh dan memekatkan lapisan lendir sinus dan paru-paru, memperlahankan aktiviti sel-sel darah putih yang sepatutnya melindungi kita.

Menurut laporan, jika anda melakukan kerja dalam keadaan banyak duduk, bernafas dengan lemah dan memakan banyak gula, pastri dan makanan berkarbohidrat yang diproses, sistem anda mungkin cenderung menjadi tempat pertumbuhan kanser.

Gula juga mampu mencetus penyakit autoimun.


3.2. LEMAK & MINYAK

Ia menyumbat pembuluh darah, memperlahankan aliran darah, dan menghalang kerja sel-sel imun. Lemak haiwan khususnya paling buruk kerana lemak tepu diketahui menyumbang kepada penyakit autoimun. Tetapi minyak sayuran lebih memudaratkan apabila ia mengalami penghidrogenan untuk menghasilkan majerin; apabila dipanaskan terlalu lama atau menjadi tengik.

3.3. SUSU LEMBU

Manusia tidak dapat menhadamkan susu lembu dengan sepenuhnya. Kebanyakan orang Asia dan Afrika langsung tidak dapat menghadamkannya. Biasanya, protein yang dihadamkan masuk ke dalam aliran darah dalam bentuk asid-asid amino. Susu yang tidak dihadamkan masuk ke dalam darah sebagai protein lengkap, dengan DNA lembu masih ada. Ini menyebabkan sel-sel imun bertindak, di sebalik menyerang bakteria, virus dan sel-sel kanser; ia menyerang susu.

3.4. MAKANAN TIRUAN

Bahan penambah perisa, kimia penambah dalam makanan, pemanis tiruan (misalnya aspartame) dan lemak tiruan adalah bahan-bahan tiruan dengan struktur molekul yang tidak dapat diterima oleh tubuh manusia. Sel-sel imun anda perlu menyingkirkannya daripada tubuh. Vitamin-vitamin sintetik dan ubatan farmasi juga bukan makanan tulen.

Saturday, November 29, 2008

PUNCA-PUNCA KELEMAHAN SISTEM IMUN #2

2. PEMBEDAHAN TIDAK PERLU

Kebanyakan pembedahan menekan sistem imuniti. Dalam banyak keadaan, punca kematian terbesar selepas berjaya menjalani pembedahan ialah jangkitan sekunder, iaitu kerana lama di hospital.

Dengan keadaan sistem imuniti yang tertekan, jangkitan sekunder boleh membawa maut.

PEMBUANGAN TONSIL, APENDIKS & LIMPA

PUNCA-PUNCA KELEMAHAN SISTEM IMUN #1

1. RAWATAN PERUBATAN

1.1 ANTIBIOTIK

Ubat ini bukan sahaja memusnahkan bakteria yang memudaratkan bahkan memusnahkan juga bakteria berguna yang menyokong sistem imun.Ia juga meningkatkan daya ketahanan terhadap sebarang bakteria berbahaya yang mungkin terselamat. Malah ia menghalang keupayaan tubuh menghasilkan antibiotik semulajadi.



Antibiotik mungkin perlu dalam mengubati jangkitan yang mengancam nyawa dan serius. Tetapi menurut para doktor, ia tidak diperlukan dalam banyak keadaan.

Antibiotik yang dimajukan sejak lebih 30 tahun lalu gagal memusnahkan punca penyakit (mikrob). Sebaliknya mikrob ini telah menjalani mutasi, mengembangkan kekebalan terhadap ubat kuat yang sepatutnya dicipta untuk memusnahkannya.

Lebih buruk lagi, hospital kini merupakan sumber jangkitan utama daripada mikrob seumpamanya kerana penggunaan banyak antibiotik. Ubat yang paling kuat sekalipun gagal membunuh kuman kebal ini.

Ramai di kalangan kita mengambil antibiotik setiap hari tanpa menyedarinya. Misalnya dalam daging haiwan ternakan yang berkeadaan terlalu sakit hingga memerlukan antibiotik untuk terus hidup.

(Perhatian: Selain antibiotik, steroid juga menekan sistem imun)

1.2 X-RAY & SUNTIKAN VAKSIN




1.3 KEMOTERAPI
Rawatan kanser ini menjejaskan sistem imun. Kajian ke atas jururawat di pusat rawatan kanser (yang sering terdedah kepada ubat kemoterapi beracun seperti fluoruacil dan cyclophospamide) mendapati jururawat yang bekerja dalam persekitaran ini mempunyai 2 kali ganda keganjilan kromosom pada limfosit mereka berbanding mereka yang tidak berada dalam persekitaran seumpamanya.

Sejauh manakah kemoterapi diperlukan? Beberapa kajian mendapati pesakit kanser cenderung hidup lebih lama dan lebih baik jika mereka tidak menjalani kemoterapi..


MAKANAN YANG MENJAUHKAN DOKTOR


Makanan daripada tumbuhan
berupaya menguatkan keimunan dan dapat melawan bakteria, virus serta kulat tanpa kesan sampingan antibiotik dan ubatan lain.

Selain menjadi bahan antibakteria, antivirus dan antikulat, sesetengah daripada tumbuhan ini juga mencegah platelet berkumpul dalam darah yang boleh menyebabkan strok dan pelbagai masalah jantung.

Beberapa makanan asli yang baik untuk menguatkan keimunan:
1 TOMATO
2 BAWANG PUTIH
3 ANGGUR
4 KACANG SOYA
5 LEMON & OREN
6 TEH HIJAU
7 ARTICOK
8 CILI API
9 BROKOLI & KOBIS

Baca penerangan terperinci dalam ruang sisi blog

Friday, November 28, 2008

SUSU IBU KUATKAN IMUNITI

Apabila bayi lahir, sistem imunnya berkembang dengan perlahan kerana ia belum terdedah kepada mikrob penyebab penyakit di sekelilingnya. Memandangkan sistem imun bayi mudah terjejas, pendedahan bayi kepada bahan kimia imunotoksik mungkin mendedahkan risiko tambahan. Itulah sebabnya bahan kimia yang melemahkan imun boleh menyebabkan kecacatan kelahiran.

Susu ibu mengandungi sel darah putih dan boleh menyalurkan keimunan ibu kepada sistem imun bayi. Banyak bahan semulajadi terdapat dalam susu ibu yang juga merupakan elemen penting dalam membina sistem baru dan menyediakannya untuk menghadapi dunia yang penuh dengan kuman. Sebagai contoh:

  • Glutathione peroxidase, alkaline phosphatase & xanthine oxidase membantu mencegah jangkitan.
  • Nucleotides, blok binaan DNA, menguatkan keimunan terhadap jangkitan.
  • Lactoferrin dalam susu ibu mencegah zat besi daripada digunakan oleh bakteria dalam usus bayi.
  • Lysozyme dan rembesan Imunoglobulin A yang mengalas permukaan usus, mencegah jangkitan dan melekatnya bakteria.
  • Poly- & oligosaccharides mencegah bakteria daripada melekat pada permukaan usus.



Capaian Web @ Blog berkaitan SUSU IBU



Thursday, October 23, 2008

CARA MENGUATKAN SISTEM IMUN

ARTIKEL INI ADALAH PETIKAN DARIPADA BUKU PANDUAN C.A.P (PERSATUAN PENGGUNA PULAU PINANG) YANG BERTAJUK SISTEM IMUN.

1. SUSU IBU KUATKAN SISTEM IMUN

Apabila bayi lahir, sistem imunnya berkembang dengan perlahan kerana ia belum terdedah kepada mikrob penyebab penyakit di sekelilingnya. Memandangkan sistem imun bayi mudah terjejas, pendedahan bayi kepada bahan kimia imunotoksik mungkin mendedahkan risiko tambahan. Itulah sebabnya bahan kimia yang melemahkan imun boleh menyebabkan kecacatan kelahiran.

Baca seterus ...



2. MAKANAN YANG MENJAUHKAN DOKTOR

Makanan daripada tumbuhan
berupaya menguatkan keimunan dan dapat melawan bakteria, virus serta kulat tanpa kesan sampingan antibiotik dan ubatan lain.

Selain menjadi bahan antibakteria, antivirus dan antikulat, sesetengah daripada tumbuhan ini juga mencegah platelet berkumpul dalam darah yang boleh menyebabkan strok dan pelbagai masalah jantung.

Beberapa makanan asli yang baik untuk menguatkan keimunan:
Baca Seterusnya ...


INSYALLAH akan bersambung... jangan ke mana mane... tunggu

BAGAIMANA SISTEM IMUN MENJADI LEMAH

ARTIKEL INI ADALAH PETIKAN DARIPADA BUKU PANDUAN C.A.P (PERSATUAN PENGGUNA PULAU PINANG) YANG BERTAJUK SISTEM IMUN.

PUNCA-PUNCA KELEMAHAN SISTEM IMUN

1. RAWATAN PERUBATAN
1.1 ANTIBIOTIK
1.2 X-RAY
1.3 SUNTIKAN VAKSIN
1.4 KEMOTERAPI

2. PEMBEDAHAN TIDAK PERLU
2.1 MEMBUANG TONSIL & APENDIKS
2.2 MEMBUANG LIMPA

3. MAKANAN YANG MEMUDARATKAN
3.1 GULA
3.2 LEMAK & MINYAK
3.3 SUSU LEMBU
3.4 MAKANAN TIRUAN

4. PERSEKITARAN
4.1 RADIASI ELEKTRO MAGNETIK
4.2 RADIASI PENGIONAN
4.3 RADIASI ULTRAUNGU
4.4 ASAP EKZOS KENDERAAN

5. PENYAKIT AKIBAT GAYA HIDUP
5.1 TEKANAN
5.2 ALKOHOL
5.3 TIDUR LEWAT
5.4 MEROKOK

6. BAHAN KIMIA
6.1 BAHAN PENAMPAL GIGI
6.2 KOSMETIK
6.3 PLASTIK & CAT
6.4 BAHAN-BAHAN KIMIA PENGGANGGU ENDOKRIN
6.5 AIR MINUMAN

Sila lihat keterangan secara terperinci untuk setiap tajuk di atas

SISTEM IMUN - Perlindungan Terbaik Menentang Penyakit

ARTIKEL INI ADALAH PETIKAN DARIPADA BUKU PANDUAN C.A.P (PERSATUAN PENGGUNA PULAU PINANG) YANG BERTAJUK SISTEM IMUN.

PENGENALAN

Tubuh manusia telah mengalami evolusi berjuta tahun. Kewujudan kita pada hari ini adalah hasil daripada kemampuan tubuh menangani berjuta mikrob: bakteria, virus dan kulat yang berkongsi hidup di dunia dengan kita.

Tubuh kita mampu bertahan daripada serangan mikrob yang berpotensi untuk menyebabkan penyakit kerana sistem imun kita dapat mengenal pastinya dan menghasilkan antibodi untuk menghapuskannya dari tubuh apabila ia melebihi paras seimbang.

Bagaimanapun, ramai yang tidak menyedari betapa berkuasanya mekanisme pertahanan dalaman kita dan keberkesanannya dalam menangani penceroboh yang boleh menjadikan kita jatuh sakit.

Malah, menurut penyelidikan perubatan terkini, satu-satunya protein yang diketahui mampu melindungi manusia daripada AIDS terdapat di dalam air liur kita.

BAKTERIA BERMANFAAT

Tubuh manusia terdiri daripada kira-kira 10 trilion sel, tetapi kita mempunyai 100 trilion bakteria yang hidup di luar dan di dalam tubuh kita.

Kebanyakan bakteria ini bermanfaat dan diperlukan. Kita mempunyai kira-kira 400 bakteria yang berbeza di dalam usus untuk membantu menghadam dan menyerap makanan serta melindungi usus daripada bakteria yang memudaratkan.

Bakteria yang bermanfaat terkandung dalam makanan yang kita makan, iaitu makanan yang ditanam di tanah yang subur dan tidak disembur dengan racun, tidak bersalut lilin dan tidak menjalani proses radiasi atau diproses.

Antibiotik yang kita ambil memusnahkan bakteria yang berguna dan membiarkan diri kita diserang oleh bakteria yang tidak mesra atau lebih buruk lagi, kita membantu menjadikan bakteria itu kebal.

BAGAIMANA SISTEM IMUN BERFUNGSI

Tubuh manusia mempunyai satu mekanisme menakjubkan yang dinamakan SISTEM IMUN untuk melindungi dan mempertahankan kita daripada berjuta bakteria, virus, mikro, toksin dan parasit yang cuba menyerang tubuh.

Sistem imun kita berfungsi sepanjang masa dalam cara yang sukar dan kompleks. Tugas sistem imun ialah melindungi anda daripada jangkitan virus, bakteria dan lain-lain dengan 3 cara utama:
  • Ia membentuk rintangan yang mencegah bakteria dan virus daripada memasuki tubuh.
  • Jika bakteria atau virus memasuki tubuh, sistem imun cuba mengesan dan menyingkirkannya sebelum ia boleh menyesuaikan diri dan membiak.
  • Jika virus atau bakteria membiak dan mula menimbulkan masalah, sistem imun akan menyingkirkannya.
Apabila virus atau bakteria memasuki tubuh dan membiak, ia menghasilkan kesan sampingan yang menjadikan anda sakit. Contohnya, bakteria Streptokokus menyebabkan radang tekak. Virus polio pula membebaskan toksin yang memusnahkan sel-sel saraf dan menyebabkan kelumpuhan. Berikut adalah beberapa contoh:
  • Apabila anda mendapat jangkitan kerongkong, nodus limfa di bawah rahang anda akan membengkak. Ini kerana pembuluh limfa mengalirkan jangkitan itu dengan membawanya ke kawasan yang paling hampir di mana tindakbalas imun boleh berlaku.
  • Apabila anda luka, pelbagai jenis bakteria dan virus akan memasuki tubuh melalui kulit yang luka. Tetapi kulit akan sembuh dengan sendirinya dan menutup kulit yang luka itu. Ini kerana sistem imun telah bertindak balas dan menghapuskan penceroboh. Kadangkala sistem imun gagal mengesan penceroboh asing dalam tubuh. Akibatnya, luka itu akan dijangkiti kuman lalu ia membengkak dan bernanah. Bengkak dan nanah adalah "kesan sampingan" daripada tugas yang dilakukan oleh sistem imun.
  • Keadaan bengkak yang merah dan gatal yang anda alami apabila digigit nyamuk menandakan sistem imun sedang bekerja.
  • Kita menyedut beribu-ribu kuman yang berterbangan di dalam udara setiap hari. Biasanya sistem imun mampu menangani dari melepasinya; sekiranya terlepas juga, sistem imun segera bertindak dan menghapuskannya. Itulah sebabnya kita sembuh daripada selsema atau flu tanpa perlu mengambil ubat. Kebanyakan orang memerlukan 7 hingga 10 hari untuk sembuh kerana itulah tempoh masa yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan sel T pembunuh khusus bagi melawan virus flu.
  • Apabila anda diserang demam, itu merupakan cara sistem imun menghapuskan serangan bakteria penyebab penyakit dari tubuh anda. Suhu yang lebih tinggi diperlukan untuk menghalang bakteria daripada sampai kepada zat besi yang diperlukan untuk membiak dan membahayakan kesihatan. Apabila pembiakan bakteria berkurangan, sel T pembunuh tubuh anda bertambah lebih cepat untuk memusnahkan bakteria itu. Bagi setiap darjah peningkatan suhu, sel darah putih bergerak 2 kali lebih cepat ke seluruh tubuh. Apabila anda mengambil ubat demam, anda sebenarnya melambatkan pengeluaran dan kelajuan sel T pembunuh, menyebabkan bakteria yang memudaratkan bertambah banyak dan menjadikan anda jatuh sakit.
KENAPA DOKTOR MERAHSIAKANNYA???

Jika punca segala penyakit bergantung kepada sistem imun, kenapa doktor tidak memberitahu kita mengenainya??? Sebaliknya doktor hanya memberikan ubat dan vitamin tiruan secara berlebihan.

Golongan perubatan kurang memandang berat terhadap pemakanan dan gaya hidup kerana mereka diajar tentang campur tangan dan ubat-ubatan. Kesedaran bahawa penyakit disebabkan oleh sistem imun yang lemah tidak mendapat tempat kerana keseluruhan industri perubatan mengandaikan bahawa ubat boleh menyembuhkan penyakit, dan terlalu banyak telah dilaburkan di dalam industri farmaseutikal untuk menyokong andaian yang salah ini.

Memandangkan industri perubatan mempunyai kepentingan yang besar dalam mempertahankan andaian yang salah ini, dan terlalu mementingkan usaha untuk mengembangkan terapi ubat yang menguntungkan, kebenaran tentang penyakit dan keimunan selalunya tidak dimaklumkan.